Monday, June 1, 2015

Seven street: two

     Suasana studio itu bingit dengan bunyi muzik yang dimainkan. Jade memainkan gitar elektrik, Ajie pula menunjuk aksi dengan kehandalannya memainkan drum, Mags dan Cai dengan gitarnya dan Nana sibuk dengan pianonya. Masing-masing memberikan tumpuan kepada alat muzik. Terasa sesak seketika kerana tekanan yang diberikan semakin kuat. Tempoh yang tinggal hanya dua minggu lagi sebelum pertandingan tersebut bermula. 


     Akhirnya lagu yang dimainkan oleh mereka tiba di penghujungnya. Masing-masing penat. Hampir tiga jam mereka berlatih. Tanpa rehat, minum dan makan. Segala-galanya dikorban hanya demi sebuah kemenangan. Kemenangan yang perlu menjadi hak mereka. Ini masanya untuk naikkan nama kumpulan mereka. Atau lebih tepat, untuk menjatuhkan band Limau.


     "Kuku aku patah." Cai cakap sambil melihat kukunya.


     "Penatlah." terbit pula keluhan kecil dari mulut Mags.


  "Sabarlah. Ingat, kita buat demi apa." Nana cuba membangkitkan semangat mereka yang nampaknya macam dah jatuh. Bukan dia tak tahu mereka semua penat berlatih. Tapi dia sendiri ada cita-cita untuk membawa nama bandnya disebut-sebut oleh pelajar dan untuk membuktikan bahawa minatnya pada muzik kepada ibunya. Puan Ira mahukan Nana untuk menjadi pereka fesyen memandangkan dia mempunyai beberapa buah butik yang cukup terkenal di Malaysia, Korea dan London.


     "Eh Jade, mana budak baru tu?" Jade yang sedang duduk menghilangkan penat hanya diam seketika. Mencari tenaga untuk menjawab soalan Nana. "Dia kata lagi lima minit dia sampai." jam di tangan dia pandang sekilas. Oh, aku tak sabar nak tengok budak yang Steve berani sangat lepaskan. Mesti ada yang tak kena ni. Nana cuba mengagak apa yang cuba dirancang oleh Steve. Nana cukup kenal dengan perangai Steve.


     Pintu studio diketuk sebelum dibuka oleh seseorang. Seseorang yang dinantikan oleh Nana. Mata Nana memandang wajah manusia yang tadi membuka pintu. Diperhatikannya dari bawah hingga ke atas. Kasut converse berwarna hitam, jeans, drum stick, gelang, baju hitam yang tertulis 'awesome' dan snap back berwarna merah. Tak kenal.


     "Hai. Sorry I'm late. Sesat tadi." wajahnya dipandang oleh mereka. "Who are you?" itu soalan pertama yang ditanya oleh Nana kepadanya. "I'm Jack. Ex-limau." tutur bahasanya kaku. Mungkin segan ditanya atau menyimpan sesuatu yang Nana sendiri tidak tahu dan dia sendiri tak nak ambil tahu. Jack menuju ke arah Nana dan duduk di sebelahnya. Err.


     "Nana, aku dengan Cai nak pergi makan jap." Mags dah berdiri di depan pintu. 


     "Ajie, hantar aku balik kejap. Baju aku lupa nak angkatlah, mak aku bising nanti." mereka yang mendengar apa yang dikatakan oleh Jade hampir tergelak. Memang kalau tengok Jade ni macam perempuan sebab semua kerja rumah dia yang perlu buat. Jade ada tiga orang kakak dan dia seorang lelaki yang merupakan anak bongsu. Jadi memang dia aje dibuli. Nasib kau lah Jade siapa suruh jadi penakut sangat. Senang ditindas.


     "Okay, aku pun nak makan. Mak Tika dah siap masak." Nana juga berdiri.


     "Takkan kau nak tinggal budak ni sorang kat sini?" Jade yang agak ambil berat tentang Jack bertanya kepada Nana. Haila budak ni menyusahkan aku betul lah. Pergilah ikut dorang. Ingat rumah aku ni apa? aduhai.


     "Jack, kau nak makan ke?"

     
     Jade tepuk dahi. "Dia manusia Nana oi, mestilah nak."


     "Kau diam. Aku tanya dia." Nana cakap sambil jeling kepada Jade.

  
     Bising lebih pulak.


     "Err, tak apalah. I boleh tahan."


      Menolak. Aku suka attitude macam ni.


     "Kau ni mati anak orang nanti." Nana pandang geram ke arah Jade. Jade, yang kau ni beria sangat kenapa? bising betul lah. "Eh baik kau balik sekarang sebelum mak bebel." aku sakit hati betul lah dengan dia ni. Pot pet pot pet kat aku, diri sendiri dalam bahaya jugak. "Jack, jom lah makan sekali. Bising pulak Jade tu." akhirnya Nana ajak jugak Jack untuk makan bersama. 


     Hari ni aje lah aku baik dengan kau Jack, sebab aku tak kenal kau lagi.



No comments:

Post a Comment