Monday, June 1, 2015

Seven street: two

     Suasana studio itu bingit dengan bunyi muzik yang dimainkan. Jade memainkan gitar elektrik, Ajie pula menunjuk aksi dengan kehandalannya memainkan drum, Mags dan Cai dengan gitarnya dan Nana sibuk dengan pianonya. Masing-masing memberikan tumpuan kepada alat muzik. Terasa sesak seketika kerana tekanan yang diberikan semakin kuat. Tempoh yang tinggal hanya dua minggu lagi sebelum pertandingan tersebut bermula. 


     Akhirnya lagu yang dimainkan oleh mereka tiba di penghujungnya. Masing-masing penat. Hampir tiga jam mereka berlatih. Tanpa rehat, minum dan makan. Segala-galanya dikorban hanya demi sebuah kemenangan. Kemenangan yang perlu menjadi hak mereka. Ini masanya untuk naikkan nama kumpulan mereka. Atau lebih tepat, untuk menjatuhkan band Limau.


     "Kuku aku patah." Cai cakap sambil melihat kukunya.


     "Penatlah." terbit pula keluhan kecil dari mulut Mags.


  "Sabarlah. Ingat, kita buat demi apa." Nana cuba membangkitkan semangat mereka yang nampaknya macam dah jatuh. Bukan dia tak tahu mereka semua penat berlatih. Tapi dia sendiri ada cita-cita untuk membawa nama bandnya disebut-sebut oleh pelajar dan untuk membuktikan bahawa minatnya pada muzik kepada ibunya. Puan Ira mahukan Nana untuk menjadi pereka fesyen memandangkan dia mempunyai beberapa buah butik yang cukup terkenal di Malaysia, Korea dan London.


     "Eh Jade, mana budak baru tu?" Jade yang sedang duduk menghilangkan penat hanya diam seketika. Mencari tenaga untuk menjawab soalan Nana. "Dia kata lagi lima minit dia sampai." jam di tangan dia pandang sekilas. Oh, aku tak sabar nak tengok budak yang Steve berani sangat lepaskan. Mesti ada yang tak kena ni. Nana cuba mengagak apa yang cuba dirancang oleh Steve. Nana cukup kenal dengan perangai Steve.


     Pintu studio diketuk sebelum dibuka oleh seseorang. Seseorang yang dinantikan oleh Nana. Mata Nana memandang wajah manusia yang tadi membuka pintu. Diperhatikannya dari bawah hingga ke atas. Kasut converse berwarna hitam, jeans, drum stick, gelang, baju hitam yang tertulis 'awesome' dan snap back berwarna merah. Tak kenal.


     "Hai. Sorry I'm late. Sesat tadi." wajahnya dipandang oleh mereka. "Who are you?" itu soalan pertama yang ditanya oleh Nana kepadanya. "I'm Jack. Ex-limau." tutur bahasanya kaku. Mungkin segan ditanya atau menyimpan sesuatu yang Nana sendiri tidak tahu dan dia sendiri tak nak ambil tahu. Jack menuju ke arah Nana dan duduk di sebelahnya. Err.


     "Nana, aku dengan Cai nak pergi makan jap." Mags dah berdiri di depan pintu. 


     "Ajie, hantar aku balik kejap. Baju aku lupa nak angkatlah, mak aku bising nanti." mereka yang mendengar apa yang dikatakan oleh Jade hampir tergelak. Memang kalau tengok Jade ni macam perempuan sebab semua kerja rumah dia yang perlu buat. Jade ada tiga orang kakak dan dia seorang lelaki yang merupakan anak bongsu. Jadi memang dia aje dibuli. Nasib kau lah Jade siapa suruh jadi penakut sangat. Senang ditindas.


     "Okay, aku pun nak makan. Mak Tika dah siap masak." Nana juga berdiri.


     "Takkan kau nak tinggal budak ni sorang kat sini?" Jade yang agak ambil berat tentang Jack bertanya kepada Nana. Haila budak ni menyusahkan aku betul lah. Pergilah ikut dorang. Ingat rumah aku ni apa? aduhai.


     "Jack, kau nak makan ke?"

     
     Jade tepuk dahi. "Dia manusia Nana oi, mestilah nak."


     "Kau diam. Aku tanya dia." Nana cakap sambil jeling kepada Jade.

  
     Bising lebih pulak.


     "Err, tak apalah. I boleh tahan."


      Menolak. Aku suka attitude macam ni.


     "Kau ni mati anak orang nanti." Nana pandang geram ke arah Jade. Jade, yang kau ni beria sangat kenapa? bising betul lah. "Eh baik kau balik sekarang sebelum mak bebel." aku sakit hati betul lah dengan dia ni. Pot pet pot pet kat aku, diri sendiri dalam bahaya jugak. "Jack, jom lah makan sekali. Bising pulak Jade tu." akhirnya Nana ajak jugak Jack untuk makan bersama. 


     Hari ni aje lah aku baik dengan kau Jack, sebab aku tak kenal kau lagi.



Seven street: one

     Mata dibuka tanpa paksa. Melihat kipas yang berputar laju. Laju seperti masa yang berlalu. Dia bingkas bangun dari katil. Skrin telefon dijeling seketika melihat jam. Masih awal. Dia berdiri dan menuju ke ruang tamu. Mencari kelibat Puan Ira dan Encik Hakim. Tiada.


     Tak tahu sama ada mereka sudah pergi kerja atau mereka belum pulang. Nafas yang berat itu dilepaskannya ke udara. Not this again. No. 


- - - - -


     "Aku tak nak !" Nana beria menolak tawaran yang diberikan oleh Jade. "Apesal? bukan kau suka ke?" Jade jadi pelik. Selalunya memang dia nak kalau tiap kali Jade bagi. Tapi kali ni, Nana menolak pula. "Sebab aku tak suka. Aku benci !" suara Nana naik satu oktaf. Ini ada yang tak kena.


     "Jarang kau tolak soya. Hmm." Jade mencebik. Nana ni mood memang susah nak dijangka. Sekejap mood macam bercuti tepi pantai, sekejap mood ribut taufan. Aku pun tak faham dengan minah ni. Tapi sebab aku bukan pilih kawan makanya, aku dah biasa dengan perangai si Nana ni.


     "Bila korang start semula?" suara lebih serius.

  
     "This week lah kut."


     "Studio aku dah siap. Datang bila-bila korang nak." 


     Rahang bawah milik Jade jatuh. Biar benar. 


     "Kau ni dah kenapa?" Nana pelik melihat reaksi Jade yang macam baru nampak tembok besar China runtuh. "Tak ada lah. Cepat betul siap." oh sebab tu ke rupanya. "Haah. Aku paksa James siapkan cepat sebab aku dah tak larat nak berpatah balik dari rumah ke sekolah." memang betul apa yang dia cakap. Selama ni mereka cuma berlatih dengan menggunakan studio yang ada di sekolah aje. Banyak yang kurang di studio sekolah tu seperti tiada kipas, alat-alat muzik yang kurang dan kawasan yang agak sunyi.


     "Oh sebelum tu, ada budak baru masuk tau." Jade cakap sambil tangan sibuk membetulkan kolar bajunya. "Siapa? budak mana?" Jade di sebelahnya dijeling sekejap. Menanti jawapan. "Budak drums dari band Limau." Nana berkerut. Bukan berkerut sebab nama band tu tetapi sebab dia sendiri pelik yang ada budak dari band tu nak keluar dan masuk ke dalam band lain. Steve iaitu ketua band Limau memang cukup terkenal dengan sikap kedekutnya dan dendam.


     "Steve suruh ke?" Nana tanya minta kepastian. "Dia kata permintaan dia sendiri." Okay, ini pelik. Nana diam seketika cuba berfikir. Steve yang dia kenal bukan seorang yang rela memberi. Malah bukan juga seorang pemaaf. 


    "Oh, okay lah tu. Lagi pun boleh lah Ajie rehat."

     "Betul jugak."